POST NATAL TREATMENTS AND HOME NURSING CARE
Subscribe to my RSS feed
SHADIRA POST NATAL & BEAUTY HOUSE / MOM RETREAT SDN BHD
No. 16 Jalan Permatang Pasir Off Jalan Teluk Gadong,
Batu 3.5, Jalan Klang Lama,
58100 Kuala Lumpur MALAYSIA


Email:
shadira_pnb@yahoo.com.my


Contact Numbers:
012 2878212, 012 2141780, 012 5301197

AMALAN TUAM BAYI


Salah satu amalan berpantang adalah bertuam. Bayi harus di tuam bayi bagi mengelakkan dari mendapat kembung perut, kolik dan masuk angin. Bertuam juga akan membantu mengeringkan tali pusat bayi.

Panaskan bunjut tuam di seterika atau di atas periuk nasi yang sedang didih ataupun di api lilin. Rasakan pada tapak tangan anda sebelum ditekap pada badan bayi, kepanasan haruslah suam suam kuku.

Tuam bayi adalah yang terbaik jika disediakan dari bahan asli seperti Jintan Hitam (Habbatus Sauda), Dukung Anak, Daun Inai, Daun Mambu, Biji Ketumbar atau lain lain yang telah di proses bersih di sangai harum. Bayi tidak harus di tuam menggunakan bahan seperti pasir atau batu kerikil kerana di kemungkinan boleh menjalur kuman yang ada pada pasir/batu ke badan bayi ketika di tuam.

Mengikut kepercayaan orang dulu dulu, tali pusat yang jatuh setelah kering, haruslah disimpan selama-lamanya, dikumpulkan sekali semua tali pusat anak-anak agar adik beradik akan saling menyayangi dan tidak bertengkar lama. Boleh juga direndam dan di minumkan airnya sekiranya anak anak demam.

Bahagian yang harus di tuam adalah perut, dada, tapak kaki, paha, punggung, belakang badan dan bahagian kemaluan bayi.

Compressing baby’s tummy, hips, testis, palm and feet is an olden tradition. It is believed to prevent colic and to help drying the baby’s cord. Heat the compress ball by steaming or on hot iron for a few seconds and compress. Please check the heat on your palm before applying to the baby.

Leave a Reply

Antara herba yang termashyur adalah …

Halia, Halia Bara, Serai Wangi, Lengkuas, Temu Lawak, Cekur, Biji Halba, Ketumbar, Jintan Hitam, Manjakani, Jerangau, Bonglai, Bawang Putih, Daun Jambu, Kayu Manis, Daun Sirih, Buah Pala, Buah Zaitun, Daun Limau Purut dan pelbagai lagi.

TIPS

It is said, one should not kiss baby’s palm, when the baby grow he would ask things from others.

Kata orang dulu dulu, tak baik cium tapak tangan bayi kerana apabila dah besar nanti bayi itu akan sering meminta barang dari orang.

MEDIA

KOSMO!,
Jumaat, 23 Oktober 2009
UTUSAN MALAYSIA,
Khamis, 24 Julai 2008


BERITA HARIAN,
Khamis, 26 November 2009