POST NATAL TREATMENTS AND HOME NURSING CARE
Subscribe to my RSS feed
SHADIRA POST NATAL & BEAUTY HOUSE / MOM RETREAT SDN BHD
No. 16 Jalan Permatang Pasir Off Jalan Teluk Gadong,
Batu 3.5, Jalan Klang Lama,
58100 Kuala Lumpur MALAYSIA


Email:
shadira_pnb@yahoo.com.my


Contact Numbers:
012 2878212, 012 2141780, 012 5301197

Resipi



NASI HALIA

Bahan-Bahan

1kg Beras

1.2 Liter Air

2 Sudu Marjerin / Minyak Sapi / Minyak Zaiton

6 Ulas Bawang Putih dicincang

4 Inci Halia di buang kulit dan dicincang

1 Batang Lobak Merah di potong dadu

Sedikit Kacang Pea

Garam Secukup Rasa

1 Sudu Serbuk Lada Hitam

Cara Memasak

Basuh beras dengan bersih dan toskan airnya. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga bau wangi.  Masukkan halia dan lobak merah. Kacau Rata. Kemudian masukkan beras bersama air serta bahan lain. Kacau rata dan biarkan hingga masak.


NASI AYAM & GORENG REMPAH

Bahan-Bahan

1kg Beras

200 gm Bawang Merah  di mayang

200 gm Bawang Besar di mayang

100 gm Bawang Putih di ketuk

1 1/2 Liter Air Rebusan Ayam

3 Helai Daun Pandan

50 ml Minyak Bawang Putih

Garam secukup rasa

Lada Sulah secukupnya

Cara Memasak

Masukkan beras ke dalam periuk bersama air rebusan ayam. Masukkan bawang-bawang yang di mayang, daun pandan, minyak bawang putih, lada sulah dan sedikit garam. Tanak sehingga masak.

Bahan Untuk Goreng Ayam

500 gm Ayam  di potong

1/2 sudu Jintan Manis

1/2 sudu Jintan Putih

1 sudu Serbuk Ketumbar

1 tangkai Daun Kari

Garam secukup rasa

Bahan Kisar

2.5 cm Halia

2.5 cm Kunyit Hidup

3 batang Serai

5 ulas Bawang Putih

Cara Memasak

Gaul rata ayam dengan semua bahan bahan yang telah dikisar, jintan manis, jintan putih, ketumbar dan daun kari dan garam secukup rasa. Perap selama sejam. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng ayam dengan api yang sederhana sehingga garing. Angkat dan sedia dihidang dengan nasi ayam tadi.


IKAN PANGGANG DENGAN SOS PERCIK

Bahan-Bahan

1 kg Ikan Dory

40 gm Garam

30 gm Sos Worchester

30 gm Sos Tabasco

30 gm Minyak Masak

20 gm Serluk Lada Hitam

Bahan-Bahan Sos Percik

300 gm Santan

300 gm Bawang Besar di kisar

100 gm Halia  di kisar

100 gm Kacang Tanah  di panggang dan di kisar

60 gm Garam

50 gm  Gula

Antara herba yang termashyur adalah …

Halia, Halia Bara, Serai Wangi, Lengkuas, Temu Lawak, Cekur, Biji Halba, Ketumbar, Jintan Hitam, Manjakani, Jerangau, Bonglai, Bawang Putih, Daun Jambu, Kayu Manis, Daun Sirih, Buah Pala, Buah Zaitun, Daun Limau Purut dan pelbagai lagi.

TIPS

It is said, one should not kiss baby’s palm, when the baby grow he would ask things from others.

Kata orang dulu dulu, tak baik cium tapak tangan bayi kerana apabila dah besar nanti bayi itu akan sering meminta barang dari orang.

MEDIA

KOSMO!,
Jumaat, 23 Oktober 2009
UTUSAN MALAYSIA,
Khamis, 24 Julai 2008


BERITA HARIAN,
Khamis, 26 November 2009