POST NATAL TREATMENTS AND HOME NURSING CARE
Subscribe to my RSS feed
SHADIRA POST NATAL & BEAUTY HOUSE / MOM RETREAT SDN BHD
No. 16 Jalan Permatang Pasir Off Jalan Teluk Gadong,
Batu 3.5, Jalan Klang Lama,
58100 Kuala Lumpur MALAYSIA


Email:
shadira_pnb@yahoo.com.my


Contact Numbers:
012 2878212, 012 2141780, 012 5301197

KAIN BENGKUNG (TUMMY WRAP)

KAIN BENGKUNG / TUMMY WRAP

Memakai Bengkung adalah Amalan Tradisi Melayu. Zaman dahulu, kain sepanjang 12 ela atau 7 meter lebih dililit di sekeliling pinggang dan punggung. Kini Bengkung dipermodenkan memudahkan kerja mengikat di bahagian perut sebaik selepas bersalin dalam tempoh berpantang.

It has been Malay’s centuries tradition to wrap tummy during confinement. Those days 12 yards or 7 metres long material was used but nowadays, its been modernized to stringMB7-227 tummy binder called BENGKUNG.

Tujuan memakai bengkung adalah untuk mengempiskan perut dan merampingkan semula bentuk badan setelah mengembang akibat proses kehamilan, mengembalikan postur tubuh dan mengurangkan sakit132-S-911 pinggang. Bengkung bertali ini memudahkan pergerakan dan ke bilik air.

Wrapping Bengkung helps in reducing tummy size, to bring back shape to the body, to assist in the body’s natural recovery, helps to correct the post natal body posture and well as to reduce back pain. It also give comfort in movement.

FUNGSI:

  • Membentuk kembali badan terutama kawasan perut yang telah menggeleber akibat hamil.
  • Merampingkan kembali pinggang.
  • Menegangkan otot perut.
  • Menaikkan kembali bentuk punggung. Memberi perlindungan kepada rahim supaya tidak turun.
  • Mengurangkan sakit pinggang.

FUNCTION:

  • To reduce flabby tummy due to pregnancy
  • To reshape the body
  • To tighten stomache muscles
  • To uplift buttocks
  • To support the womb
  • To reduce back pain

CARA PENGGUNAAN / HOW TO USE:

Mengikut Amalan Tradisi Melayu, kebiasaannya di sapu Kapur Sirih di campur dengan Jadam dan Air Perahan Limau Nipis untuk tujuan mengempiskan perut sebelum memakai kain bengkung. Tetapi kini sudah ada pelbagai krim pelangsing di pasaran yang juga amat berkesan untuk membantu pembentukkan badan.

Sapu krim herba peramping “Hazeera” Herbal Slendering Cream di perut, pinggul, peha sebelum memakai bengkung. Pengikatan kain bengkung ini bermula dari bawah ke atas lalu di simpul di bahagian atas pinggang. Semakin hari anda akan mula melihat perbezaan pengecilan perut anda. Kain Bengkung boleh di lipat ke dalam sedikit di kini dan kanan kain tersebut. Pakai waktu pagi dan malam berterusan selama 44 hari. Jika bersalin secara pembedahan, gunakan selepas 2 minggu dan ikat mengikut keselesaan.

Boleh di cuci di dalam mesin pembasuh pakaian.

Apply Herbal Slendering Cream at tummy, hips and waist area before tying the string binder. Apply daily in the morning and at night for 44 continuous days. Machine washable.

Size : S < 55 kg,  M< 65 kg,  L < 75 kg,  XL < 90 kg

Customer Feedback

Bersama Pn Nik Farah

Cara Bedung Bayi

Mandian Bayi Kuning

Zaman sekarang menjadi perkara biasa apabila bayi yang lahir mengalami masalah kuning.

Faktor yang menyebabkan kuning kerap kali dibincangkan kerana pemakanan ibu yang mengandungi bahan kimia, ada yang menyatakan persekitaran kurang menyihatkan dengan habuk yang menyebabkan kuning dan banyak lagi.

Terdapat banyak petua yang selalu diamalkan oleh orang dahulu untuk mengubati kuning. Cara yang paling popular ialah dengan menjemur di mentari pagi iaitu pada jam 7.00 pagi – 9.00 pagi selama 20 – 30 minit.

Mata bayi ditutup dengan tuala kecil bagi mengelakkan terkena silauan cahaya.

Susu ibu mempunyai antibodi yang paling bagus untuk melawan sakit kuning. Ibu harus menyusu bayi setiap 2 jam, tujuannya supaya bayi membuang air besar, maka kuning tersebut keluar bersama najis bayi.

Ibu bersalin harus mengambil secawan susu kambing setiap hari selama beberapa hari. Ini dipercayai akan mengurangkan kadar kuning bayi apabila bayi menyusu.

Satu lagi cara adalah dengan memandikan bayi setiap pagi dan petang dengan Rebusan Air Herba.

Ramai kini tidak tahu bahawa terdapat beberapa daun herba yang amat mujarab bagi mencegah kuning bayi. Sememangnya ianya tidak mudah didapati namum Shadira Post Natal & Beauty House telah memproses herba ini dan di punjutkan bagi memudahkan kerja merebus dan memandikan bayi yang mendapat kuning. Insyallah ianya selamat dan berkesan!. Di antara herba yang menjadi campuran mandian ini adalah Biji Keranda, Daun Inai, Daun Semambu, Daun Belimbing Buluh dan Dukung Anak.

The Herbal Bath for Baby’s with Jaundice.

AMALAN TUAM BAYI

Salah satu amalan berpantang adalah bertuam. Bayi harus di tuam bayi bagi mengelakkan dari mendapat kembung perut, kolik dan masuk angin. Bertuam juga akan membantu mengeringkan tali pusat bayi.

Panaskan bunjut tuam di seterika atau di atas periuk nasi yang sedang didih ataupun di api lilin. Rasakan pada tapak tangan anda sebelum ditekap pada badan bayi, kepanasan haruslah suam suam kuku.

Tuam bayi adalah yang terbaik jika disediakan dari bahan asli seperti Jintan Hitam (Habbatus Sauda), Dukung Anak, Daun Inai, Daun Mambu, Biji Ketumbar atau lain lain yang telah di proses bersih di sangai harum. Bayi tidak harus di tuam menggunakan bahan seperti pasir atau batu kerikil kerana di kemungkinan boleh menjalur kuman yang ada pada pasir/batu ke badan bayi ketika di tuam.

Mengikut kepercayaan orang dulu dulu, tali pusat yang jatuh setelah kering, haruslah disimpan selama-lamanya, dikumpulkan sekali semua tali pusat anak-anak agar adik beradik akan saling menyayangi dan tidak bertengkar lama. Boleh juga direndam dan di minumkan airnya sekiranya anak anak demam.

Bahagian yang harus di tuam adalah perut, dada, tapak kaki, paha, punggung, belakang badan dan bahagian kemaluan bayi.

Compressing baby’s tummy, hips, testis, palm and feet is an olden tradition. It is believed to prevent colic and to help drying the baby’s cord. Heat the compress ball by steaming or on hot iron for a few seconds and compress. Please check the heat on your palm before applying to the baby.

Antara herba yang termashyur adalah …

Halia, Halia Bara, Serai Wangi, Lengkuas, Temu Lawak, Cekur, Biji Halba, Ketumbar, Jintan Hitam, Manjakani, Jerangau, Bonglai, Bawang Putih, Daun Jambu, Kayu Manis, Daun Sirih, Buah Pala, Buah Zaitun, Daun Limau Purut dan pelbagai lagi.

TIPS

It is said, one should not kiss baby’s palm, when the baby grow he would ask things from others.

Kata orang dulu dulu, tak baik cium tapak tangan bayi kerana apabila dah besar nanti bayi itu akan sering meminta barang dari orang.

MEDIA

KOSMO!,
Jumaat, 23 Oktober 2009
UTUSAN MALAYSIA,
Khamis, 24 Julai 2008


BERITA HARIAN,
Khamis, 26 November 2009