Malay Confinement Centre which caters Mala Traditional Post Natal Treatments and Wellness.
Subscribe to my RSS feed

No 4A Jalan Scott, Brickfields
50470 Kuala Lumpur
MALAYSIA


Email:
shadira_pnb@yahoo.com.my


Contact Numbers:
012 2141 780
012 2878 212

ASSALAMUALAIKUM

RAWATAN BERSALIN DAN PENJAGAAN DALAM PANTANG

THE MALAY TRADITIONAL POST NATAL & CONFINEMENT TREATMENT

Apakah itu Pantang Bersalin? Pantang Bersalin bermaksud mendisiplinkan diri dan mengikuti rutin serta mengekalkan Amalan Tradisional menjalani Rawatan Bersalin dan Penjagaan Ketika Pantang selama tempoh 44 hari.

Kenapa ibu bersalin perlu berpantang? Ibu bersalin yang baru melahirkan bayi memerlukan Rawatan Pemulihan dan Penjagaan yang sempurna dari segi Jasmani, Rohani dan Mental serta Pemakanan yang seimbang ketika berpantang.

Inilah waktu yang sesuai untuk merehatkan badan dan minda yang penat. Di saat ini ibu bersalin memerlukan seseorang untuk memberi sokongan moral dan menjaga perasaan di samping merawat. Ini terserah pada ibu bersalin untuk membuat pilihan.

What is Confinement? Confinement means to discipline and to perform the routine as well as having traditional treatment & care for the period of 44 days for the Muslim mothers.

Why New Mother Confines? Mothers who just delivered needs special care to rehabilitate their body physically & Mentally.


Kami di Shadira Post Natal & Beauty House menyediakan perkhidmatan Rawatan Bersalin dan Penjagaan Ibu dan Bayi ketika pantang yang akan dilakukan oleh Penjaga Pantang yang terlatih, berkepakaran dan berkemahiran mengurut turun temurun.

Penjaga Pantang kami bukan sahaja menjaga ibu bersalin & bayi , turut juga menjalankan rawatan seperti Urut Bersalin, Tungku, membantu mengikatkan Kain Bengkung, memakaikan tapel, param dan pilis, menyediakan Mandian Herba bu Bersalin, Berlulur serta menyediakan Masakan Pantang dan Minuman Herba bagi ibu bersalin tidak jauh bezanya dari Bidan kampung tradisional dahulu.

Rawatan lain yang akan dijalankan bergantung pada tahap kesihatan dan pemulihan ibu bersalin iaitu Tangas Basah atau Tangas Kering, Urutan Bengkak Susu, Tuam dll.

Penjaga Pantang juga akan memandikan dan Urut Bayi. Bayi akan di tuam bagi mengelak dari kembung perut, mendapat kolik, angin pasang dan juga untuk meredakan bengkak akibat suntikan. Bayi yang mendapat sakit kuning akan dimandikan dengan herba dan di jemur di mentari pagi.

Penjaga Pantang sentiasa memberi perhatian terhadap keluhan ibu bersalin yang mempunyai masalah perubahan pada badannya. Lazimnya, ibu bersalin berasa sedih kerana perut masih besar setelah melahirkan, kulit perut yang kendur dan menggelebeh, mengalami bengkak susu atau tiada air susu, infeksi keputihan dan kegatalan, buasir, sembap kaki, urat timbul, lelehan pada faraj, kemasukkan angin dan bermacam-macam masalah lain. Tidak lari juga ada ibu bersalin yang mendapat bentan urat pada waktu tengah malam, ada juga yang mengalami meroyan, sering menangis atau menjerit dan tidak mampu menjaga bayinya.

Tanggungjawab atau tugas seorang Penjaga Pantang Ibu Bersalin bukan sekadar mengurut malah merawat masalah lain seperti yang di sebut di atas dan juga melayan perasaan emosi ibu bersalin. Boleh dikatakan Penjaga Pantang memainkan peranan seorang ibu.

Sekiranya penjagaan ketika pantang diabaikan, kesannya mungkin tidak berlaku dengan serta merta tetapi pada hakikatnya ia akan berlaku pada kelahiran yang seterusnya atau pada usia yang mula meningkat. Waktu itu mulalah badan terasa lenguh, sakit urat, sendi, pinggang dan kebas kaki tangan.

Justeru, dengan bantuan Penjaga Pantang, dapat mengurangkan beban Ibu Bersalin. Malah, Ibu Bersalin akan dapat berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman berpantang yang akan memudahkannya di masa akan datang.

Shadira Post Natal & Beauty House provides The Malay Traditional Confinement Treatment and Care Services for New Mothers & Newborn done by our well trained Confinement Care Ladies who are expert since generation.

Confinement Care Lady not only assisting new mother but as well does treatment to new mother & newborn such as Post Natal Massage, Warm Stone Therapy, Tummy Wrapping, Body Scrubbing and Boiling Herbal Bath for New Mother as well as cooking Confinement Meal and Herbal Drink.

The other treatments performed depending on the mothers health & recovery condition such as Wet & Dry Tangas, Breast Engorgement Treatment, Warm Compress and etc.

Confinement Care Lady shall Bathe & Massage the newborn and perform warm compressing in order to prevent from colic, upset stomach, hernia and soothing for injection swelling. Baby with jaundice will be bathe with herbs and exposed to morning sun.

The Confinement Care Lady comforts the New Mother should if the mother is upset looking at her changed body- having sagging skin or still having bloated stomach after delivery, painful engorged breast or unable to express milk, having vaginal infection or vaginal discharge, hemorrhoids, swelling leg, varicose vein and many other. Some mothers even experiences Baby Blues.

The duty of Confinement Care Lady does not complete just by performing traditional treatments but also easing the new mothers who are emotionally down. It will be well said the Confinement Lady acts like a Mother comforting the New Mother.

 

 

Shopping Cart

Your shopping cart is empty

Visit the shop

Antara herba yang termashyur adalah …

Halia, Halia Bara, Serai Wangi, Lengkuas, Temu Lawak, Cekur, Biji Halba, Ketumbar, Jintan Hitam, Manjakani, Jerangau, Bonglai, Bawang Putih, Daun Jambu, Kayu Manis, Daun Sirih, Buah Pala, Buah Zaitun, Daun Limau Purut dan pelbagai lagi.

TIPS

It is said, one should not kiss baby’s palm, when the baby grow he would ask things from others.

Kata orang dulu dulu, tak baik cium tapak tangan bayi kerana apabila dah besar nanti bayi itu akan sering meminta barang dari orang.

MEDIA

KOSMO!,
Jumaat, 23 Oktober 2009
UTUSAN MALAYSIA,
Khamis, 24 Julai 2008


BERITA HARIAN,
Khamis, 26 November 2009